RINTIHAN PERTUKARAN

Pengalamanku Dilemparkan Tuan
Ditempatkan Aku Jauh Ke Pedalaman
Maka Merempatlah Aku Di Keningau, Tenom Dan Kemabong
Jauh Di Hujung Sabah, Jauh Dari Tanah Semenanjung
Sapulut, Batu Punggul, Labang Dan Pensiangan Hujung
Ku Lalui Tambunan, Ku Rentasi Puncak Gunung Ganang
Namun Ku Tetap Tabah Selama Lima Tahun

Dari Sabah Ke Jengka Pusat
Disinilah Aku Merempat
Berkelana Mencari Tempat Menginap
Dek Kezaliman Mangsa Janji Khianat
Pegawai Jabatan Pendidikan Sabah Berpakat
Kononnya Guru Akan Balik Menetap
Bila Sampainya Masa Tempoh Berkhidmat

Belum Kuatkah Suaraku Ini?
Puas Sudah Ku Luahkan Kepada Pegawai..
“Pihak Yang Berkenaan” Bahagian Pertukaran
Kembalikan Daku Ke Bumi Kelahiran Diri
Dulu Mereka Pernah Berjanji…
Dan Mereka Khianati, Lalu Aku Dianiayai Lagi
Dari Hujung Sabah Ke Felda Jengka Dibuangi

Kini Aku Menagih Janji Lagi
Ku Hamparkan Borang Pertukaran Antara Negeri
Setelah Hampir Tiga Tahun Aku Disini
Izinkan Aku Kembali… Ke Teratak Tua Villa Sepi
Rumah Usang Warisan Bapaku Yang Semakin Sunyi
Disanalah Ku Dumaulidkan Dan Jua Aku Dirahmati
Di Sana Jua, Aku Amat Berharap Rohku Di “Panggil” Ilahi

Kepada Pihak Yang Berkenaan
Pegawai-Pegawai Kementerian Pelajaran Dan…
Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah Yang Berkenaan
Jika Kalian Berkuasa “Tangan”
Utamakanlah Keadilan Kecintaan Tuhan
Hayatilah Jiwa Insan Bawahan
Kembalikanlah Perantau Ke Bumi Kelahiran
Inilah Rintihan Insan Malang
Lima Tahun Di Sabah Tiga Di Pahang

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Hampir Sedekad Aku Diperantauan
Ampunkanlah Dosa-dosaku Insan Jalanan
Tunjukkanlah Kekuasaan Mu “Keadilan Tuhan”
Khasnya, Buat Mereka…
Pegawai Pelajaran Yang Berkenaan
Berjanji Tapi Lupakan…
Amin…..

nukilan.....
ust wan ahmad 09
 

© Copyright Sepanjang hidup . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates