RENUNGAN....

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya. " Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat." [Ibn Umar r.a]

RENUNGAN.........

video

|Resepi untukku




Sup Ayam
air 700ml
1/2 ekor ayam sederhana besar - dipotong mengikut kesukaan
4 biji kentang kecil - dibuang kulit dan dipotong 4
perasa, garam
1/2 peket serbuk rempah sup adabi - bancuh dengan air utk dijadikan paste
1 biji tomato dibelah 4Tumis:-
3 sudu besar Minyak
Kulit kayu manis
1 sudu teh Lada Hitam
2 biji Bunga Lawang
2 biji Buah PelagaCara-cara:
tumis rempah kasar hingga naik bau.
masukkan air, rempah, perasa, garam dan pes. biarkan sup menggelegak.
apabila sup menggelegak, masukkan ayam dan kentang. masak hingga ayam dan kentang empuk.
akhir sekali masukkan tomato. tutup api.
hidangkan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, daun sup, dan perahan limau nipis/kasturi.sedap dimakan bersama nasi putih dan telur goreng! sedapppp ;)



Ikan bakar


Bahan-Bahan

1/4 cawan minyak masak

air perahan daripada 1/2 biji limau nipis

1/2 sudu kicap pekat

garam dan gula

1 ekor (600 gm) ikan bawal,

dibersihkan

daun pisang

Dikisar Halus 4 tangkai cili merah4 biji buah keras8 ulas bawang merah, dikupas1 batang serai, dihiris halus-halus1/2 sudu teh belacan1 sudu besar cili serbuk2 helai daun limau purut

Sebelum rumah terbakar panggil bomba
Cara-Cara

1.Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.

2.Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang .

3.Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180c/350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.

RESEPI UNTUKKU




Bahan-Bahan:



sepinggan nasi puteh



seketul daging ayam (dipotong dadu)



2 ulas bawang merah (diketuk-ketuk)



1 ulas bawang puteh (juge diketuk-ketuk)



beberapa helai sawi dan kobis (dipotong kecil2)



garam dan perasa secukup rasa



sesudu minyak masak






Cara:



1. Tumiskan bawang merah dan putih yg telah diketuk tadi. Tumis sehingga berbau wangi.



2. Masukkan ayam yang dipotong dadu. Gorengkan sehingga ayam masak.



3. Masukkan nasi dan teruskan menggoreng.



4. Masukkan garam dan perasa secukup rasa.



5. Masukkan sayuran dan goreng selama 1 minit. 6. Siap dan boleh dimakan begitu sahaja...

royalti petroleum kepada Kelantan

Naib Presiden PAs, Dato' Mahfuz Omar mempersoalkan ke mana pergi keuntungan Petronas sebanyak RM254 bilion sejak enam tahun lalu memandangkan masih ramai lagi rakyat hidup dalam keadaan dhaif. Menurutnya sekiranya wang royalti sebanyak RM1 bilion dibayar kepada Kelantan sudah tentu banyak manfaat pembangunan untuk rakyat dapat dilaksanakan. Pengarah Biro Strategi KeADIlan Pusat, Tian Chua isu royalti minyak yang dituntut rakyat dan kerajaan Kelantan membuatkan pemimpin Umno dan BN tidak dapat tidur lena. Beliau berkata, pemimpin Umno masih mahu berdolak dalih berhubung perkara itu. Katanya, Kerajaan Pusat tidak sewajarnya menyorot royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat Kelantan kerana telaga minyak terletak di kwasan perairan negeri ini. "Rakyat seharusnya didedahkan berapa keuntungan yang diperolehi Petronas dan bukannya disembunyikan begitu sahaja. "Hasil keuntungan Petronas rakyat tak tahu, sedangkan wang milik Petronas digunakan bagi menyelesaikan syarikat kerajaan yang bermasaalah," ujarnya. Beliau juga menyifatkan rakyat Kelantan tetap bersabar dengan kerenah pemimpin BN dan Umno. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Zaid Ibrahim berkata, Perdana Menteri perlu menjawab secara jujur benarkah pelantar minyak terdapat di perairan Kelantan. Katanya, tidak pernah berlaku sebelum ini ada pemimpin utama negara yang membisu seribu bahasa biar pun didesak kerajaan negeri dan rakyat Kelantan mengenai pelantar minyak yang terdapat di perairan Kelantan. "Kalau sikap berdiam diri diambil ia seolah-olah menggambarkan ada sesuatu masalah yang berlaku bagi menyembunyiikan perkara sebenar. "Paling tidak pun Petronas sepatutnya membuat kenyataan bagi menjelaskan keadaan sebenarnya bagi mengelakkan rakyat terus keliru. Apa yang rakyat mahu dengar pelantar minyak ada atau tidak di perairan Kelantan," katanya. Pada persidangan Dun baru-baru ini isu minyak menggamatkan Dewan apabila penyokong kerajaan mendesak perdana menteri menjelaskan royalti petroleum kepada Kelantan," katanya.harakahdaily

TPM mahu pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini menandakan berakhirnya "nasib malang" BN

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini menandakan berakhirnya "nasib malang" BN dalam pilihanraya kecil selama ini.Inilah mesej yang disampaikan beliau yang juga timbalan presiden Umno, dalam satu mesyuarat tertutup semalam, demikian menurut pemimpin parti yang menghadirinya."Rakyat berkata Umno dan BN sudah mati selepas kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Semuanya berakhir di sini. Kita mahu menang pilihanraya kecil kali ini," kata Muhyiddin dalam mesyuarat tersebut.Daripada tujuh pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, BN hanya menang di Batang Ai, Sarawak.BN tewas di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Dan Mei lalu, BN memutuskan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.'Gandakan usaha'Menurut pemimpin parti tersebut, Muhyiddin turut menegur pekerja parti itu yang lambat tiba sebelum BN berarak ke pusat penamaan calon semalam.Muhyiddin mengetuai perarakan mengiringi calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat semalam. Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob.Muhyiddin juga mahu pemimpin semua sayap Umno supaya menggandakan usaha mereka bagi memastikan peningkatan sokongan kepada calon BN."Kita tidak seharusnya bertumpu berkempen di kubu kuat Umno sahaja, tetapi juga di kubu kuat PAS bagi memenangi hati rakyat," katanya.Muhyiddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan slogan 'Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan' untuk menarik sokongan pengundi.

Hari penamaan calon DUN Manek Urai

Kesibukkan jalan raya di sekitar bandar kuala krai mememang terasa. sesak. Penuh dengan penyokong kedua-dua parti bertanding. Pusat penamaan calon di SMK SYP1. Calon BN diiringi oleh Timb. Perdana Menteri manakala Calon Pas diringi oleh Menteri Besar Kelantan. Nampak dari jauh penyokong PAS terlalu ramai berbanding dengan penyokong BN.Nantikan......keputusan pencalonan.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah ayat 3:Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik

Kerajaan Negeri Kelantan cuai jaga kebajikan rakyat

KUALA KRAI 5 Julai — Pengundi di Manik Urai perlu menolak calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai isyarat bahawa mereka tidak mahu terus hidup dalam serba kekurangan di bawah kerajaan negeri Kelantan yang tidak mampu menjaga kebajikan rakyat negeri itu.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pengundi Manik Urai perlu mengambil peluang ini memandangkan kerajaan negeri itu juga gagal menyelesaikan masalah kemiskinan tegar yang melingkari kebanyakan penduduknya sejak hampir 20 tahun menguasai Kelantan dan hanya bergantung kepada peruntukan yang diberi kerajaan pusat.


“Pusing-pusing saja di Kelantan, lihat sendiri, Manik Urai lagi teruk.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai ini peluang untuk rakyat beri isyarat bahawa mereka tidak mahu lagi berterusan begini,” katanya.


Beliau berkata tanpa peruntukan yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan tegar di Kelantan akan bertambah parah.


“Jika tiada bantuan dari kerajaan BN, (kerajaan Kelantan) dah tutup kedai lama dah. Pada tahun 2007 kita belanja dekat RM27 juta. Perbelanjaan negeri hanya RM10 juta.


“Tahun lepas kita belanja RM41 juta, dia hanya RM11 juta. Tahun ini saja kita dah belanja RM21 juta dia, dia baru RM2 juta tapi riuh rendah cerita dalam ceramah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 106 penerima yang terdiri daripada kumpulan sasar kementerian berkenaan di Kampung Laloh, di sini. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. Penamaan calon akan diadakan esok dan jika ada pertandingan hari

Sepanjang jalan..........

Sepanjang jalan..........http://drmaza.com/home/?p=619

Islamkan Politik, Atau Politikkan Islam?




Kata Abu Hurairah r.a:

“Kami menyertai Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, “dia dalam kalangan ahli neraka”. Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah s.a.w: “Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati”. Jawab baginda: “Ke neraka”. Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri. Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lantas baginda bersabda: “Allahu Akbar!, aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasulNya!”. Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengistiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan “jiwa yang muslim” dan Allah mungkin menguatkan agamaNya dengan lelaki yang jahat”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam masyarakat kita, agama memang menjadi faktor penarik bagi banyak pihak. Justeru, setiap yang berjuang agama atau memperkatakan agama sebagai bahan ucapan dan tindakannya hendak bertanya diri sendiri, apakah dia memang inginkan agama, atau inginkan kuasa dengan nama agama?. Jika dia telah betulkan niatnya, dia hendaklah memastikan tindakan selaras dengan kehendak Islam, bukan menafsirkan Islam agar kelihatan selaras dengan tindakannya. Maka islamkan politik kita, jangan politikkan Islam kita!
sumber dr asri

MASIH JAUHKAH HIDUP INI

meniti hari

Sambutan Hari Bapa

Ayah,
Dulu engkau dibalun sengsara
Dijepit duka dihimpit sengsara
Belukar sukar engkau harungi
Semak payah engkau redahi
Ranjau getir engkau tempuhi
Meski banir menggalang langkah
Kasih sayangmu melimpah ruah
Akalku dewasa matang bercambah.

Kini ayah,
Anak-anakmu dipuncak jaya
Menggapai impian mengejar cita
Arkitek, engineer, pensyarah, guru agama,
Parmacist, Doktor doctor dan juga lowyer.
Senyumanmu terukir melonjak ceria
Namun kudratmu semakin lelah
Bangun duduk merayap memapah
Kedut di wajah kian bercambah
Anak-anak jarang menjengah
Hatimu pedih di sangkar resah.

Ayah,
Jauh disudut hati kami pendam,
Dari jauh perjalanan kehidupan
Sejuta kemaafan kami pohonkan
Hamparan kasih kami bentangkan
Bakal mengubat hatimu yang pilu
Biar hilang rindu yang tepu
Izinkan kami mengiringi deru
Hari tuamu diulit syahdu..



Ayah
Takkan ku lupa selamanya
Pengalaman pahit antara kita
Sangat sukar untuk ku kata
Hatiku sentiasa meminta redha
Namun hampirimu … aku tak bisa

Ayah
Ampunkan dosa anak-anakmu
Maafkan segala kesalahan yang lalu
Tuhan sahaja Yang Maha Tahu..
Kau tetap bapaku yang satu
Wajahku adalah wajahmu yang dulu
Kaulah bapaku dan akulah anakmu.


Nukilan rasa,
Sempena Sambutan Hari Bapa.


Drpd Anakmu,
SM Teknik Kuala Krai,
18000 Kuala Krai.
30 Jun 2009

RINTIHAN PERTUKARAN

Pengalamanku Dilemparkan Tuan
Ditempatkan Aku Jauh Ke Pedalaman
Maka Merempatlah Aku Di Keningau, Tenom Dan Kemabong
Jauh Di Hujung Sabah, Jauh Dari Tanah Semenanjung
Sapulut, Batu Punggul, Labang Dan Pensiangan Hujung
Ku Lalui Tambunan, Ku Rentasi Puncak Gunung Ganang
Namun Ku Tetap Tabah Selama Lima Tahun

Dari Sabah Ke Jengka Pusat
Disinilah Aku Merempat
Berkelana Mencari Tempat Menginap
Dek Kezaliman Mangsa Janji Khianat
Pegawai Jabatan Pendidikan Sabah Berpakat
Kononnya Guru Akan Balik Menetap
Bila Sampainya Masa Tempoh Berkhidmat

Belum Kuatkah Suaraku Ini?
Puas Sudah Ku Luahkan Kepada Pegawai..
“Pihak Yang Berkenaan” Bahagian Pertukaran
Kembalikan Daku Ke Bumi Kelahiran Diri
Dulu Mereka Pernah Berjanji…
Dan Mereka Khianati, Lalu Aku Dianiayai Lagi
Dari Hujung Sabah Ke Felda Jengka Dibuangi

Kini Aku Menagih Janji Lagi
Ku Hamparkan Borang Pertukaran Antara Negeri
Setelah Hampir Tiga Tahun Aku Disini
Izinkan Aku Kembali… Ke Teratak Tua Villa Sepi
Rumah Usang Warisan Bapaku Yang Semakin Sunyi
Disanalah Ku Dumaulidkan Dan Jua Aku Dirahmati
Di Sana Jua, Aku Amat Berharap Rohku Di “Panggil” Ilahi

Kepada Pihak Yang Berkenaan
Pegawai-Pegawai Kementerian Pelajaran Dan…
Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah Yang Berkenaan
Jika Kalian Berkuasa “Tangan”
Utamakanlah Keadilan Kecintaan Tuhan
Hayatilah Jiwa Insan Bawahan
Kembalikanlah Perantau Ke Bumi Kelahiran
Inilah Rintihan Insan Malang
Lima Tahun Di Sabah Tiga Di Pahang

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Hampir Sedekad Aku Diperantauan
Ampunkanlah Dosa-dosaku Insan Jalanan
Tunjukkanlah Kekuasaan Mu “Keadilan Tuhan”
Khasnya, Buat Mereka…
Pegawai Pelajaran Yang Berkenaan
Berjanji Tapi Lupakan…
Amin…..

nukilan.....
ust wan ahmad 09
 

© Copyright Sepanjang hidup . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates