royalti petroleum kepada Kelantan

Naib Presiden PAs, Dato' Mahfuz Omar mempersoalkan ke mana pergi keuntungan Petronas sebanyak RM254 bilion sejak enam tahun lalu memandangkan masih ramai lagi rakyat hidup dalam keadaan dhaif. Menurutnya sekiranya wang royalti sebanyak RM1 bilion dibayar kepada Kelantan sudah tentu banyak manfaat pembangunan untuk rakyat dapat dilaksanakan. Pengarah Biro Strategi KeADIlan Pusat, Tian Chua isu royalti minyak yang dituntut rakyat dan kerajaan Kelantan membuatkan pemimpin Umno dan BN tidak dapat tidur lena. Beliau berkata, pemimpin Umno masih mahu berdolak dalih berhubung perkara itu. Katanya, Kerajaan Pusat tidak sewajarnya menyorot royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat Kelantan kerana telaga minyak terletak di kwasan perairan negeri ini. "Rakyat seharusnya didedahkan berapa keuntungan yang diperolehi Petronas dan bukannya disembunyikan begitu sahaja. "Hasil keuntungan Petronas rakyat tak tahu, sedangkan wang milik Petronas digunakan bagi menyelesaikan syarikat kerajaan yang bermasaalah," ujarnya. Beliau juga menyifatkan rakyat Kelantan tetap bersabar dengan kerenah pemimpin BN dan Umno. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Zaid Ibrahim berkata, Perdana Menteri perlu menjawab secara jujur benarkah pelantar minyak terdapat di perairan Kelantan. Katanya, tidak pernah berlaku sebelum ini ada pemimpin utama negara yang membisu seribu bahasa biar pun didesak kerajaan negeri dan rakyat Kelantan mengenai pelantar minyak yang terdapat di perairan Kelantan. "Kalau sikap berdiam diri diambil ia seolah-olah menggambarkan ada sesuatu masalah yang berlaku bagi menyembunyiikan perkara sebenar. "Paling tidak pun Petronas sepatutnya membuat kenyataan bagi menjelaskan keadaan sebenarnya bagi mengelakkan rakyat terus keliru. Apa yang rakyat mahu dengar pelantar minyak ada atau tidak di perairan Kelantan," katanya. Pada persidangan Dun baru-baru ini isu minyak menggamatkan Dewan apabila penyokong kerajaan mendesak perdana menteri menjelaskan royalti petroleum kepada Kelantan," katanya.harakahdaily
Listen to Quran
 

© Copyright Sepanjang hidup . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates