|Resepi untukku




Sup Ayam
air 700ml
1/2 ekor ayam sederhana besar - dipotong mengikut kesukaan
4 biji kentang kecil - dibuang kulit dan dipotong 4
perasa, garam
1/2 peket serbuk rempah sup adabi - bancuh dengan air utk dijadikan paste
1 biji tomato dibelah 4Tumis:-
3 sudu besar Minyak
Kulit kayu manis
1 sudu teh Lada Hitam
2 biji Bunga Lawang
2 biji Buah PelagaCara-cara:
tumis rempah kasar hingga naik bau.
masukkan air, rempah, perasa, garam dan pes. biarkan sup menggelegak.
apabila sup menggelegak, masukkan ayam dan kentang. masak hingga ayam dan kentang empuk.
akhir sekali masukkan tomato. tutup api.
hidangkan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, daun sup, dan perahan limau nipis/kasturi.sedap dimakan bersama nasi putih dan telur goreng! sedapppp ;)



Ikan bakar


Bahan-Bahan

1/4 cawan minyak masak

air perahan daripada 1/2 biji limau nipis

1/2 sudu kicap pekat

garam dan gula

1 ekor (600 gm) ikan bawal,

dibersihkan

daun pisang

Dikisar Halus 4 tangkai cili merah4 biji buah keras8 ulas bawang merah, dikupas1 batang serai, dihiris halus-halus1/2 sudu teh belacan1 sudu besar cili serbuk2 helai daun limau purut

Sebelum rumah terbakar panggil bomba
Cara-Cara

1.Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.

2.Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang .

3.Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180c/350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.

 

© Copyright Sepanjang hidup . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates