Penyertaan Pelajar Dalam Aktiviti Unit Beruniform Dan badan Bukan Kerajaan(NGO)






Pengukuhan dan pemerkasakaan sahsiah dan daya saing murid dapat dilakukan melalui pelbagai aktiviti.Pasukan Badan Beruniform serta Kelab dan Persatuan dengan kerjasama badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di semua peringkat .Objektifnya adalah memastikan pelbagai unit pasukan badan beruniform,kelab dan persatuan yang diwujudkan di setiap sekolah bersama unit gabungan dapat melaksanakan tugas dengan semangat kerjasama dan penuh tanggungjawab dan semua aktiviti serta latihan di semua peringkat iaitu sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berjalan mengikut jadual.

Dengan mengadakan program peningkatan sahsiah dan jati diri murid dapatlah diwujudkan kerjasama antara badan kerajaan dan badan bukan kerajaan.Antaranya ialahmengadakan mesyuarat antara unit atau kelab gabungan.menjayakan aktiviti seperti perkhemahan antara unit,mengadakan siri lawatan berkala ke tempat-tempat yang menarik dan bermanfaat untuk pembelajaran murid dan kesemua aktiviti ini mempunyai matlamat dan objektif yang jelas dan boleh di capai .

Kerjasama dua hala antara badan kerajaan dengan bukan kerajaan juga dapat membantu ke arah pemantapan disiplin di samping
menyediakan kemudahan prasarana yang kondusif,memilih tempat aktiviti seperti tapak perkhemahan/latihan yang sesuai dan kondusif,dan memberi sijil penyertaan dan penghargaan kepada yang terlibat.Semua program hendak berjalan mengikut jadual.

Listen to Quran
 

© Copyright Sepanjang hidup . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates