Pengurusan Bilik Darjah


Elemen-elemen Pengurusan Bilik Darjah

1. Mengurus rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti pengurusan bilik darjah
yang dilakukan setiap hari yang meliputi aktiviti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, penyusunan kerusi meja, mengutip yuran, memungut buku latihan, menguruskan jadual kerja pelajar dan memastikan segala peraturan bilik darjah dipatuhi pelajar.

2. Mengurus keadaan fizikal pula merujuk keadaan fizikal bilik darjah meliputi
penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang , sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah. Ini bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif..Guru hendaklah menyediakan jadual kerja berkaitan pembahagian tugas di kalangan pelajar.
Jadual kerja diperlukan untuk memastikan suasana kelas sentiasa dalam keadaan ceria dan bersih. Dengan mematuhi jadual ini juga, diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bertanggungjawab dikalangan pelajar di dalam bilik darjah.

3. Mengurus Aktiviti Kumpulan.. Di bawah program KBSR & KBSM terdapat dua
cara pembentukan kumpulan, iaitu kumpulan yang berdasarkan pelbagai kebolehan, dan kedua kumpulan berdasarkan kebolehan yang sama.
Di sini guru perlu mengenal pasti tahap kumpulan pelajar melalui ujian pencapaian. Dengan adanya aktiviti kumpulan seperti ini guru akan dapat melaksanakan pengurusan kelas dengan lebih mudah dan sistematik. Pelajar dapat belajar berdasarkan kebolehan mereka dengan selesa dan gembira tanpa ada rasa tekanan.

4 Mengurus Bahan Pelajaran. Bahan pelajaran terdiri daripada bahan pengajaran
,bahan pembelajaran dan bahan rujukan. Bahan –bahan pelajaran itu memainkan peranan penting dalam aktiviti P&P.Guru menggunakan bahan rujukan untuk merancang aktiviti pengajaran, dan bahan pengajaran untuk menyampaikan konsep dan cara yang lebih berkesan. Murid menggunakan bahan pembelajaran untuk mempelajari konsep dan kemahiran dengan cara yang lebih berkesan dan seronok.
Pemilihan bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan tepat dan tidak perlu menggunakan banyak perkataan untuk membuat huraian. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti carta, bahan edaran dan sebagainya dapat menjimatkan masa kerana guru tidak perlu menulis maklumat yang banyak di papan tulis. Selain daripada itu, yang paling penting penggunaan bahan pengajaran ini dapat merangsang minat murid untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Manakala penggunaa bahan pembelajaran dapat membantu murid membuat hubungkait antara benda konkrit dan abstrak, dapat mengukuhkan ingatan dengan lebih lama ,juga dapat membantu menyelesaikan masalah secara sendiri dan yang terakhirnya dapat digunakan sebagai alat untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan.

5. Mengurus Aktiviti Penilaian.. Mengikut D Stufflebeam, iaitu penyunting buku
‘Education Evalution and Decision Making’, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan , mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Guru perlu membuat penilaian terhadap keberkesanan strategi/aktiviti yang digunakan sebagai panduan untuk merancang strategi P&P yang lebih berkesan pada masa akan datang.

6. Mengurus Disiplin Bilik Darjah. Dalam konteks pengurusan bilik darjah,
mengawal disiplin pelajar adalah tanggungjawab utama guru.Guru bertanggungjawab menetapkan peraturan bilik darjah dan memastikan peraturan tersebut sentiasa dipatuhi pelajar. Kecekapan guru menguruskan disiplin bilik darjah dengan berkesan akan menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang optimum dan seterusnya pemupukan nilai-nilai moral dapat dilakukan dengan mudah. Laporan Jawatakuasa Kabinet menyatakan Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin dan bermoral tinggi.


7. Mengurus Aktiviti Murid. Guru perlu membuat perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
· Kaedah pengajaran pembelajaran yang berpusatkan murid
· Keselamatan – keadaan yang kondusif, persekitaran dan peralatan yang sealamat.
· Pemikiran – merangsang cetusan idea, menggalakkan pemikiran secara terbuka dan sesuai dengan tahap pemikiran murid.
· Kemahiran maklumat – menggalakkan murid mengaplikasi ICT untuk mengakses maklumat , memproses maklumat dan menambah nilai kepada maklumat.
· Bahasa yang digunakan - menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan bahasa yang halus
· Nilai murni dan emosi – iaitu tidak menyentuh sensitivity kaum dan agama, pembentukan keyakinan diri, semangat berpasukan, peka terhadap situasi setempat dan membentuk sikap yang positif.
Listen to Quran
 

© Copyright Sepanjang hidup . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates